cerita cinta
Cinta tidak
pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi
tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam.
Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi
mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena
Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita
mencarinya. Itulah namanya Cinta.Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai.Satu
titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang
gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa
kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang
lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya
berlalu begitu sahaja.” Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang
lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia
untukmu.Jika kita mencintai seseorang, kita akan
sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Jangan
sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba.
Jangan
sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali
mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat
melupakannya. Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka
dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti
menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba
menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi
titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup
lama. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun
mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun
mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai,
walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang
mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali
kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang
yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu
terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya
ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada
hayatnya.Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan
bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang
tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan
itu. Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan.
Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan
kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan
semangat.
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis,
debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara
menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi
rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu,
tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak
pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya. Hal yang
menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat
berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi
tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. Kamu tahu bahwa kamu
sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur
berkeping.Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat
menyatukan kembali kepingan hati tersebut. Tuhan ciptakan 100 bahagian
kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke
dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling
berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya
terpijak. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu
sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna
sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi. Jangan mencintai seseorang
seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti.
Cintailah
mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya. Cinta mampu
melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan
meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah
dasyatnya cinta ! Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu
cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran
yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri
sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya. Cinta itu adalah perasaan
yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun
yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang
berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah
oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong
dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah
yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi
pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.
Kata-kata
cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu
melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari
hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang
mendengarnya. Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun
apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan
biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya Cinta
bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi
cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat
menilai kesuciannya. Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak.
Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih
namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu. Bercinta memang
mudah. Untuk dicintai juga memang mudah.
Tapi untuk dicintai
oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Satu-satunya
cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita
dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa
mengharapkan balasan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar